| |

Tindakan Sebelum Cuti Akhir Semester

salam..apa khabar semua ?? semoga anda semua dapat menjawab dengan baik samasa peperiksaan yang lepas..

Disini ada beberapa arahan sebelum anda mula bercuti dan sepertimana perjanjian saya akan mengembalikan wang pendahuluan anda sebanyak RM200 dengan bersyarat.

1. Tarikh akhir anda berada di villa Tirana adalah 11 Jun 2010. Tiada perubahan tarikh akan dibuat sila ambil maklum.

2. Satu pemeriksaan akan dijalankan terhadap semua barangan yang telah dipinjamkan kepada anda. Bermula daripada BIlik Tidur (kunci + keychain, tilam, katil, locker, dinding, kipas dan etc) serta Bilik Air dan ruang guna sama seperti ruangan dapur dan ruangan tamu.

3. Jesteru dengan itu, sekiranya anda telah merosakkan / melanggar peraturan yang ditetapkan anda mempunyai masa untuk melakukan pembetulan /pembaikkan utk kembali seperti asal sehingga tarikh keluar rumah.

4. Sekiranya anda GAGAL bertindak untuk melakukan pembetulan, pihak kami akan menolak daripada duit cagaran anda bagi membuat pembaikkan berdasarkan pada harga yang munasabah. Baki (sekiranya ada) akan diberikan setelah proses kerja pembaikkan dijalankan. Malahan anda diminta menambah semula sekiranya tak cukup.

5. Mohon kerjasama semua untuk menurunkan semua langsir bilik masing2. dan letakkan di dalam bilik.

6. Semua peralatan villa sila letakkan ditempat asal untuk memudahkan semakan dan penilaian kerosakan (jika ada)

7. Semua peralatan dan sampah yang anda lakukan sila buang di tong sampah luar atau dalam bag plastik hitam yang disediakan. saya akan minta azizi belikan plastik hitam berkenaan.

8. Peralatan dan barang anda TIDAK DIBENARkan sama sekali ditinggalkan di villa tirana. Sekiranya anda bercadang nak sambung duduk pada sem hadapan sila maklumkan kepada kami dan kami akan mempertimbangkan.

9. Duit cagaran akan diberi dalam tempoh paling lewat 48 jam selepas pihak kami menerima kelulusan daripada pihak pemeriksa yang berpuas hati dengan semua peralatan yang dipinjamkan dan kondesi bilik-bilik dan ruang2 tamu.

10. Duit tabung utiliti akan dikembalikan (sekiranya ada) selepas daripada 45 hari. Setelah pihak kami menerima bil yang terkini.

11. Jesteru dengan itu, mohon anda semua berikan maklum balas dengan menggunakan borang komen di bawah untuk memberi nama penuh, no hp dan no akaun bank iSlam (Bank ISlam sahaja) bagi memudahkan proses2 pemulangan duit cagaran dan tabung utiliti.

12. Mohon kerjasama semua untuk memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan. Pihak kami amat tegas akan perkara ini. Sekiranya anda tidak melakukan apa yang sepatutnya tidak dilakukan (seperti menconteng dinding/tilam, patahkan meja, pecah cermin, tampal sticker, pecahkan syiling, hilangkan barang villa, hilangkan kunci/padlock dan lain2 lagi) anda tidak perlu risau..duit cagaran RM 200 solid akan kami kembalikan.

Tetapi sekirnaya macam2 yang rosak dan hilang, pihak kami tidak mampu utk menaggung kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian dan masalah anda

Pihak kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap dan sebagainya...tetapi hasil daripada pemantauan yang kami telah jalankan..kami yakin telah memberi perkhidmatan yang terbaik pada harga yang amat berpatutan.


Sekian..terima kasih

(jgn lupa respond nama, no telefon dan No akaun bank islam dibawah ya (Post a Comment) ..Klik disini)

Panduan :
Comment as: Anonymous