| |
Sebelum anda mengisi maklumat Tempahan, sila baca Terma dan Syarat ini terlebih dahulu. Pastikan anda faham dan bersedia untuk mematuhi segala yang telah dinyatakan dalam Terma dan Syarat sebelum menduduki Rumah Sewa / Homestay kami...
  1. Pembayaran penuh kadar sewa rumah mesti dijelaskan secara lump sump atau 2 kali pembayaran sahaja atau atas budi bicara Tuan Punya Rumah Sewa.
  2. Penghuni Rumah Sewa di LARANG sama sekali membawa peralatan elektrik selain daripada pengecas telefon bimbit, aksesori komputer riba. Tuan Punya Rumah Sewa berhak merampas peralatan elektrik tersebut atas faktor keselamatan.
  3. Penghuni Rumah Sewa dilarang meletakkan kenderaan di dalam rumah, sekiranya didapati penghuni meletakkannya denda akan dikenakan sebanyak RM 100.00 untuk sehari.
  4. Tuan Punya Rumah sewa berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan serta merta tanpa notis kepada penghuni atau dengan membayar gantirugi yang difikirkan sesuai.
  5. Penghuni Rumah sewa tidak dibenar memelihara binatang peliharaan di dalam atau di luar rumah.Sekiranya penghuni melanggar perjanjian ini tanpa alasan yang munasabah, penghuni dikehendaki membayar ganti rugi yang difikirkan perlu sebagai kos teladan.
  6. Perjanjian rumah sewa ini berkuat kuasa selama penghuni rumah sewa membuat pembayaran mengikut tempoh pengajian bagi satu-satu semester atau satu-satu tempoh menginap yang dipersetujui bersama.
  7. Penghuni Rumah Sewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran tetangga dan semasa penghuni rumah sewa yang lain secara aman dan bertanggungjawab. Adab berjiran dan bersosial perlulah diikuti.
  8. Penghuni Rumah Sewa perlu menanggung apa-apa kos pembaikan atau kos-kos yang difikirkan perlu jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian penghuni. Sila laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada Tuan Punya Rumah sewa.
  9. Penghuni Rumah Sewa dilarang memaku atau menampal sebarang bentuk poster atau sticker di dalam atau diluar mana-mana bahagian rumah atau mana-mana peralatan, perabot rumah sewa.
  10. Penghuni dilarang membuat bising dan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu penghuni rumah sewa yang lain dan jiran tetangga.Rumah sewa hendaklah dijaga sepenuhnya dengan penuh tanggungjawab oleh Penghuni Rumah Sewa.
  11. Penghuni Rumah Sewa dilarang membawa, menyimpan atau menggunakan sebarang jenis dadah, pil khayal, menghidu gam, rokok tembakau dan minuman yang beralkohol.
  12. Penghuni Rumah Sewa dilarang terlibat dengan gejala kurang sihat dan perlakuan sumbang seperti maksiat, pelacuran, lumba haram dan sebagainya semasa menetap di rumah sewa, sekiranya terlibat, Tuan Punya Rumah Sewa berhak mengeluarkan Penghuni Rumah Sewa serta merta tanpa notis.
  13. Penghuni Rumah Sewa dilarang membawa masuk individu selain daripada penghuni rumah sewa berdaftar ke dalam rumah sewa atau kawasan perkarangan rumah pada setiap masa.
  14. Waris Penghuni Rumah Sewa hanya dibenarkan untuk menemui penghuni diluar perkarangan luar homestay sahaja sebelum jam 8 malam. Kerjasama semua waris adalah amat diperlukan.
  15. Penghuni Rumah Sewa tidak akan mengambil apa-apa tindakan mahkamah atau membuat sebarang tuntutan kepada Tuan Punya Rumah Sewa sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan, kehilangan, kecurian dan apa-apa kerosakan pada diri dan barangan Penghuni Rumah Sewa sepanjang berada atau menyewa di rumah sewa.
  16. Bersedia dan patuh menerima peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tuan Punya Rumah dari semasa ke semasa.